Bantuan dari Polis Khas Serang_Hendap_Di_Sungai_Semur

Semasa pertempuran berlaku, Sarjan Wan Yaacob, anggota-anggota bawahannya dan pekerja-pekerja Cina yang mengumpul daun-daun nipah telah terdengar bunyi tembakan dan beliau percaya bahawa Platun 12 tersebut telah diserang. Beliau kemudiannya menyuruh agar pekerja-pekerja Cina berada di situ sementara beliau mengetuai anggota-anggota SC pergi ke lokasi serang hendap tersebut.

Sarjan Wan Yaacob dan anggotanya tiba di lokasi dan berpecah kepada dua kumpulan. Tujuh anggota kumpulan pertama SC telah diserang dan mengalami kecederaan semasa cuba menyeberangi sungai. Manakala Sarjan Wan Yaacob dan anggota yang lain meninjau ke sisi kedudukan musuh di bahagian utara sungai. Mereka berjaya mengesan kedudukan penembak Bren-gun komunis dan menembak mati penembak tersebut. Namun, mereka hanya melihat sahaja anggota Platun 12 yang ditawan musuh tanpa mampu berbuat apa-apa.